Kerja Sir John Carden

Dilahirkan di London, Carden merupakan jurutera belajar sendiri, berbakat, dangan keupayaan untuk menjadikan ideanya kepada kegunaan pratikal. Dari 1914 hingga 1916, dia menguruskan syarikat yang menghasilkan kenderaan penumpang ringan dibawah jenama Carden. Model pertama syarikat adalah kereta sikal ("cyclecar"), dengan tempat duduk hanya bagi pemandu.

Semasa Perang Dunia Pertama, Carden berkhidmat dalam Kor Perkhidmatan Tentera dan mendapat pangkat Kapten, mendapat pengalaman dengan kenderaan seperti traktor Holt bertrek.

Selepas perang, dia kembali kel pengilangan kereta tetapi menjual reka bentuk asal dan kilangnya kepada Ward dan Avey yang menamakannya semula sebagai kereta sikal AV. Dia kemudian mereka kereta silak baru dan memulakan pengeluaran di Ascot, Berkshire tetapi pada akhir tahun 1919 menjual reka bentuknya kepada E. A. Tamplin yang terus mengilangkannya di bawah jenama kereta Tamplin. Reka bentuk baru dihasilkan dengan dua tempat duduk pada bandan papan fiber. Carden malah menjual satu darinya kepada Raja Alfonso XIII dari Sepanyol [1] sebelum menjual syarikat tersebut kepada pemilik baru yang menamakannya sebagai Carden Baru.

Dua tau tiga tahun berikutnya, Carden berjumpa pereka kereta Vivian Loyd dan kedua mereka memulakan syarikat kecil baru di Chertsey dinamakan Carden-Loyd, menghasilkan kenderaan bertrek ringan bagi kegunaan tentera. Carden dilaporkan digambarkan sebagai "jurutera introvet pintar", sementara Loyd pula digambarkan sebagai "jurujual-jurutera extrovet".

Apa yang membawa kejayaan kepada kedua mereka ini adalah reka bentuk kereta kebal kecil: Kereta Kebal Seorang Carden Loyd yang pertama, yang direka pada tahun 1925. Dalam dua tahun berikutnya ia dibangunkan kepada nama Mark I, II dan III, dan kemudiannya, model kereta kebal kecil dua orang Mark IV dan Mark V. Kesemuanya dibina dalam bilangan yang kecil tetapi amat berjaya, dan hasilnya, Carden-Loyd dibeli oleh Vickers-Armstrongs pada March 1928. Carden sendiri digaji oleh Vickers sebagai direktor teknikal. Pasangan ini terus membangunkan model kereta kebal kecil mereka, akhirnya mencipta reka bentuk mereka yang paling terkenal, Mark VI. Ia menjadi reka bentuk pertama yang berjaya bagi jenis kenderaan sedemikian di dunia, dan sesuatu yang klasik, beberapa ratus dihasilkan dan dieksport ke 16 negara. Banyak model kereta kebal kecil asing dibangunkan berikutnya dikatakan diilhamkan oleh Mark VI.


John Carden terbunuh dalam kejadian kapal terbang terhempas 1935 SABENA Savoia-Marchetti S.73 berhampiran Tatsfield, Surrey pada 10 Disember 1935.[2]